Friday, 13 February 2015

Yang ditunggu selamat tiba

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Mr. B selamat tiba di rumah jam 6 pagi. Aku sedang menyediakan nasi goreng utk sarapan dan juga utk bekalan DA2.

Sebelum tu tidur pun tak lena sebab AA3 demam, meracau mengigau. Aku ni dah la jenis cepat tersedar, bak kata jarum jatuh pun dengar. 

Nasi goreng dah siap, minuman pun dah siap. Pelawa Mr. B utk sarapan. Tak apalah katanya. Sementara tunggu train tadi dah minum. Hai, tak sudi ke nak menjamah air kopi ni.. 

Sementara siap utk pergi kerja, Mr. B hantar DA2 gi sekolah. 

Dalam perjalanan ke opis, sempatlah berbual tapi ya ampun rasa mengantuk ditahan sebab kesian pulak biar Mr. B nak bercerita. Layan je la kan, dah la baru balik dari outstation. 

Sekian, sambung lagi

Wednesday, 11 February 2015

Update terkini

Lamanya tak post apa-apa kat sini. Nak kata diarah pun ya.. Sebab sekarang ni zaman teknologi, gunalah kemudahan yang ada.

Ahad lepas Mr. B ke Dhaka, urusan kerja. Sayu giler rasa padahal itu bukan kali pertama berjauhan pun. Sepanjang hari melayan perasaan. Kejap2 rasa sayu, kejap2 rasa sedih. Senang betul mengalirkan airmata. Nyaris anak2 ada hal masing2. Xde la deme perasan mummynya tengah bersedih.

Jika jodohku panjang, usia perkahwinanku mencecah 21 tahun. Pejam celik, dgn pelbagai badai melanda, turun naik... Sampai jugak ke 21 tahun. Yg sulung di UNIKL, no 2 makan tido lepak kerjanya.. 

Sambung nantilah