Saturday, 22 August 2015

Lagi cerita GC tea

Tengah list down order ada seorang hamba Allah call nak GC tea.. Alamak dia nak cepat pulak.. Takde stok.. Sabar ye bang.. Esok saya deliver

Sejak pergi kelas di Rashwealth training centre, banyak aura positif..

Dulu2 order sekotak dua je GC utk pakai sendiri dgn kawan2 kali ni 10 kotak GC... Terbaiklah product Rashwealth ni.. Rugi tak cuba


Friday, 14 August 2015

GC tea dan Nano Centa

Tahun lepas office mate lama promote GC tea (dulu Glucos Cut tea) dgn Nano Centa.  Dia asyik post je dlm FB jadi kita ni pulak mencari-cari minuman yg boleh melawaskan. Kejap-kejap dia post dlm FB.  Tertarik dgn iklan yg dia buat, aku pun whatsApp tanya pasal produk.. Beli la 2 kotak Nano Centa dgn sekotak GC tea sbb Nano ada 20 sachet, GC pulak 60 sachet utk stok 2 bln. Bila beli package mcm tu terus melayakkan Silver.

Start minum bulan posa.. Ehhh tetiba perut kurang buncit dari biasa.. Baju pun start longgar.. Wahhhh bestnya sbb office mate tegur, kakak sepupu belah husband pun tegur.. Masa tu je jual dlm 2 kotak kot.. 

Takde la ambik kisah nak join business talk ke, preview ke sbb buat hari Ahad.. Dgn kerenah org itu yg susah nak bangun tak kira lah hari apa pun.. Ehh salahkan org pulak.. Kau yg M sebenarnya

Lepas raya smpi la sekrg minum.. Bila bancuh teh dlm cawan besar post kat Instagram/FB.. Ada la jugak kwn FB komen.. Kawan opis pun tegur you makin slim la.. Minum apa? Sesi memberi free trial pun bermula.. Sorang mula order sekotak, kwn FB merangkap kwn MBAP pun beli.  Ex colleague pun beli dan aku masih consume mcm biasa.. Stok mesti ada at least sekotak 2 sbb kadang2 ada je permintaan 

Ex colleague merangkap upline dah meletup2 hasil jualan dia.. Fisrt trip gi Beijing, lepas tu Tokyo dgn income terbaru RM70k.. Hasil setahun.. Diam lagi xde nak buat apa-apa pun

Bila balik raya, dah terasa sempit sbb income tetap kita seorang je... Aduh nak buat apa ni? nak bayar bil, insurans personal utk diri sendiri dan anak2 lagi.. Duit simpanan dah susut.. 

Start awal bulan pergi BOP di Rashwealth training Centre... Wahhh aura positif yg sgt.. tak tau nak describe mcm mana.. 1st day attend, terus jumpa upline dan group dia utk tanya pasal marketing plan. Dlm hati, kenapa la aku tak join awal2 tapi positifkan niat.. better late than never!!

Sambil-sambil promote jugak la dlm group whatsApps kwn sekolah.. Tup2 kwn yg balik bercuti nak minum jugak...promote dgn convince suruh jadi member..  Jadi 2 org sign up utksilver 

Bersambung

Friday, 13 February 2015

Yang ditunggu selamat tiba

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Mr. B selamat tiba di rumah jam 6 pagi. Aku sedang menyediakan nasi goreng utk sarapan dan juga utk bekalan DA2.

Sebelum tu tidur pun tak lena sebab AA3 demam, meracau mengigau. Aku ni dah la jenis cepat tersedar, bak kata jarum jatuh pun dengar. 

Nasi goreng dah siap, minuman pun dah siap. Pelawa Mr. B utk sarapan. Tak apalah katanya. Sementara tunggu train tadi dah minum. Hai, tak sudi ke nak menjamah air kopi ni.. 

Sementara siap utk pergi kerja, Mr. B hantar DA2 gi sekolah. 

Dalam perjalanan ke opis, sempatlah berbual tapi ya ampun rasa mengantuk ditahan sebab kesian pulak biar Mr. B nak bercerita. Layan je la kan, dah la baru balik dari outstation. 

Sekian, sambung lagi

Wednesday, 11 February 2015

Update terkini

Lamanya tak post apa-apa kat sini. Nak kata diarah pun ya.. Sebab sekarang ni zaman teknologi, gunalah kemudahan yang ada.

Ahad lepas Mr. B ke Dhaka, urusan kerja. Sayu giler rasa padahal itu bukan kali pertama berjauhan pun. Sepanjang hari melayan perasaan. Kejap2 rasa sayu, kejap2 rasa sedih. Senang betul mengalirkan airmata. Nyaris anak2 ada hal masing2. Xde la deme perasan mummynya tengah bersedih.

Jika jodohku panjang, usia perkahwinanku mencecah 21 tahun. Pejam celik, dgn pelbagai badai melanda, turun naik... Sampai jugak ke 21 tahun. Yg sulung di UNIKL, no 2 makan tido lepak kerjanya.. 

Sambung nantilah

Friday, 18 October 2013

Catatan pertama

Akhirnya berjaya juga membuat blog setelah sekian lama bertangguh.

Apa nak cerita ye, tentang kehidupan seharian. Tentang hobi berkebun, hobi menjahit sulam manik (yg ini ikut mood), tentang minat novel2 cinta.... ish banyaknya minat.

hmm nanti sambung lagi lah